Wednesday, November 08, 2006

老師,對不起! 你教我的,我都還給你了!

一本《種族關係》令青蔥美麗的博大校園鬧得滿城風雨,書裡所提到的史實引起爭議的同時,令人納悶的是:究意大專生對歷史的感覺又是如何?以色列與黎巴嫩的戰爭,時事的掌握是否因對外國歷史的不了解,而也抱冷淡看待的態度。不了解,就不會有太大的感覺,沒有感覺就不能“以古鑒今”。

歷史教會我們甚麼?

我們做了一個小小的調查,問起大專生中學歷史課所學的知識,得到的多數回答竟然是:“都還回給老師了!”如果說讀歷史是為了“以古鑒今”,那麼,這群被期許改造未來社會的年輕人,已經忘記歷史,他們又如何從過去看未來呢?或許該問的是:我們的歷史教育,怎麼了?

我們製作了一份簡單的問卷,裡頭含有5道歷史及5道娛樂問題,共訪問了二十多位雪隆區在籍大專生,看看他們對歷史與娛樂的熟悉程度以及所受的歷史教育。

我們的問卷:
-請依順序列出5任首相。
-你對“華玲會談”的了解有多少?
-為什麼會引發“五一三事件”?
-日本佔領馬來亞有多久的時間?
-日本投降後,哪個國家統治馬來亞?
-李安憑哪部電影獲得奧斯卡最佳導演獎?
-請寫出與周傑倫傳出緋聞的3名女星。
-張國榮去世那天是什麼日子?
-請寫出兩首鄧麗君的歌曲。
-哪個大馬歌手最近在香港開過演唱會?


記得娛樂新聞,卻忘了歷史

一開始,有的學生第一眼略略看過問題後,搖頭說“已經還給老師了”,感到很為難,甚至有的拒絕回答,說“我不會答的啦!”至於那些愿意回答的學生在仔細作答時,前面5道歷題考倒了他們,至於後5道娛樂題,基本上是都答對,就連張國榮的去世日期也清楚記得,只有一些是一時想不起而答錯。出娛樂題的目的,不是要諷刺大專生只關心娛樂而非歷史或時事,值得省思的是為何同樣是以人與事件促成的事跡,卻不能像娛樂事件那樣人人皆懂呢?

聽聽同學們怎麼說

第一道題是要求他們依順序列出大馬首相,收回來的問卷發現,有一半的人弄錯了第二及第三任首相的排序,即把第二任首相錯寫為敦胡先翁,也有的在第二任首相的欄位上空,甚至有人遲疑了一陣才把第一任首相寫上東姑阿都拉曼。結論:大多數人對第二及第三任首相印象模糊,尤其是第二任首相敦阿都拉薩。

第二道題是“你對‘華玲會談’的了解有多少?”除了一個人表示有聽過,但卻講不出是什麼事件之外,其他都沒有一個人可以回答這道問題。結論:幾乎所有人都對“華玲會談”毫無印象。

第三題是問“為什麼會引發五一三事件?”這題大部份人的答案是種族衝突,不過卻不了解前因後果。結論:學生們表示在課本上只是蜻蜓點水,對於此事如何發生及實況,往往是透過長輩的敘述。

最後兩道題是有關“日本佔領馬來亞多久”及“日本投降後,馬來亞被哪個國家統治?”這兩題大部份人都會回答。結論:學生們較為熟悉的部份是第二世界大戰時期的歷史,但是,其細節部份,也不太了解。

我們的歷史教育怎麼了?

請同學們想想中學的歷史課時,得到最多的回應竟然是:“都不記得了,反正都在打瞌睡。”“那你們覺得學歷史的意義何在?”記者問道。“沒得選擇啊!從初中到高中都是必修科。”這是最典型的回答。

與學生們談及對歷史印象最深及感興趣的是拜里米蘇拉及馬六甲的故事、各州的皇朝記載等等,他們喜歡“人”在做什麼的故事,因為這些部份讀起來好像看故事書一樣,充滿神奇與趣味。可是,這種“有血有肉”的故事,在歷史課本中似乎少之又少。歷史考試前夕,塞滿腦袋的不是這些有趣的內容,而是一串的地點、人名、年份,還有條約名稱和內容——都是一些冷冰冰的東西!歷史考試,與其說是在學歷史,不如說是一個記憶力大考驗!

一位剛離開高中的學生說:“我不明白,為什麼我們得花那麼多時間在一些考完試就準備忘掉的事上面。”他們比較欣賞的是會講故事的歷史老師,而非一直念課文、講解字面意思和抄筆記的老師,因為這樣的教學方式會令他們對歷史沒有感覺。

新生代學生從小學的《地方研究》科開始,到中學的PMR及SPM,連續超過十年,“歷史”在他們的課堂上出現。可是,我們真的希望我們的孩子,在他們生命如此重要的過程中,只學到一些注定要忘掉的東西?我們真的甘心孩子學歷史的時間,只是為了要準備升學,而無法幫助他們培養思考、看世界的能力?

結語沒有一個年代比現在更需要回朔歷史去尋找未來的定位。學歷史,不是要讓孩子的腦袋塞得滿滿的,而是要訓練他們這種歷史的思維。從這個角度去理解學習歷史的意義,讀歷史,再也不是瑣碎資料記憶或枯燥的時間拼湊。

(星洲日報/新教育‧2006/08/01)



別讓分數傷了孩子

最近,學校分發成績冊,在教員辦公室裡聽到某位家長對孩子說:“考得這麼差,回家你就知道味道,老子我就要給你一點顏色瞧瞧。”只見小孩默不作聲地緊隨在後。

想起有線電視台的一則廣告:有位小孩十分愛看電視,每日都跑到鄰家去觀賞電視節目而荒廢了學業。結果,成績冊發下來時,父親才驚覺“滿江紅”,為人父親者大吼:“我不要你做我的孩子了……”

雖然只是一則廣告,但是,筆者相信日常生活中絕對有這些真實的個案。動輒威脅孩子“不要他了”。有時候,我們的一句話或許會比藤鞭來得犀利。教育孩子最忌諱的應該是說出一些嚴重傷害孩子自尊的話。

分數不是人生目的

贊美學生,往往會令他更積極地做好功課;反之,惡言相向只會令孩子害怕上學。有五千年文化歷史的炎黃子孫一般上都不把“愛”掛在嘴邊。孩子努力地做好各項事情時,部分家長會認為是應該的,吝于給予一些語言上的贊美或是肢體上的贊賞。

贊美令人更積極地做好各種事情,我們何必羞于啟齒呢?不需要花錢的“蜜糖”,我們為何不與人分享,“獨樂樂不如眾樂樂”啊!

曾經遇過一位女家長向我表示孩子的平均分數為70多分,回家後先生鐵定會嘮叨孩子,有時候甚至不和孩子講話。她感到極度困擾。我一向秉持“四兩撥千斤”,忍不動氣,問之:“您先生以前念書時各科都80、90分以上嗎?”她倒是搖了搖頭,說先生沒念過什麼書!所以,我說,人,有時是奇怪的動物。善用頭腦者,稱之為萬物之靈;不善用者或誤用者,該稱之為“萬物之零”吧!

讀書並不是我們生活的全部,分數也不是我們人生的目的。不要用我們的一把尺去衡量孩子。“分數價更高?”我不以為然,但也不會選擇嗤之以鼻,只覺得學業與品行並重;只能擇一時,“品行”會是我的首選。別在執著孩子的分數,這樣只會兩敗俱傷,傷了親子關係。

(星洲日報/新教育‧文:小詩子‧2006/08/01)

TIPS SPM BM NOVEL (Cikgu Gan T H)

1. Umumnya, pengarang akan memilih pelbagai latar dalam penulisan mereka. Huraikan aspek latar masa yang dipaparkan melalui novel yang telah anda pelajari. [7m]

Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan, antara latar masanya ialah zaman penjajahan Inggeris. Sebagai contohnya, pada masa itu, digambarkan pejuang-pejuang Melayu Pahang seperti Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan suami perempuan tua menentang penjajah Inggeris.
Latar masa yang seterusnya ialah 7 hari 7 malam atau seminggu. Pada tempoh itu digambarkan Tuan Robert dan Tuan William mendaki Gunung Tahan.
Latar masa yang berikutnya ialah 3 bulan. Contohnya, pada tempoh itu digambarkan Mem William tidak sedarkan diri selepas pesawat yang dinaikinya jatuh terhempas.

2. Teknik penceritaan memainkan peranan penting dalam sesebuah sesebuah karya sehingga dikatakan bahawa kekuatan sesebuah cerita itu bergantung pada teknik penceritaan yang digunakan. Berdasarkan novel yang telah dipelajari, kemukakan tiga teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang bersertakan contoh peristiwa yang digambarkan melalui teknik tersebut. [8m]

Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan, antara teknik penceritaan yang digunakan ialah teknik pemerian. Antara contoh peristiwa yang menggunakan teknik ini ialah pengarang mengambarkan perwatakan Kusina sebagai pembantu Ratu Bongsu dan dikatakan seorang yang muda dan mempunyai rupa paras yang bersih.
Teknik penceritaan yang seterusnya ialah teknik imbas muka. Antara contoh peristiwa yang menggunakan teknik ini ialah Tuan Robert membayangkan bahawa dia dan William akan memperoleh kekayaan seperti emas dan batu permata melalui pengembaraan mereka di Gunug Tahan. Contoh yang seterusnya ialah Mem William membayangkan dia dan Ratu Bongsu akan memperoleh anak lelaki.
Teknik penceritaan yang berikutnya ialah teknik dialog. Sebagai contohnya, Tuan William bercakap dengan Ratu Bongsu berhubung dengan tujuan kedatangannya ke Gunung Tahan.
3. Huraikan 3 unsur negatif yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. [8m]

Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan, antara unsur negatifnya ialah curang. Sebagai contohnya, Mem William telah menduakan suaminya semasa suaminya berkhidmat di Tanah Melayu.
Unsur negatif yang seterusnya ialah mementingkan kekayaan. Sebagai contohnya, Tuan Robert dan William sanggup datang ke Tanah Melayu untuk mencari kawasan peranginan bagi orang Inggeris semata-mata untuk mendapatkan ganjaran/upah sebanyak 5000 Paun.
Unsur negatif yang berikutnya ialah ego/ bangga diri. Sebagai contohnya, Tuan William mengagungkan bangsanya sendiri dan memperlekek orang Melayu ketika bercakap dengan Ratu Bongsu.
Unsur negatif yang seterusnya ialah tidak berterima kasih...........
Unsur negatif yang seterusnya ialah tidak hipokrit...........


4. Teknik dialog digunakan secara meluas dalam novel yang anda pelajari. Pada pandangan anda, kenapakah teknik dialog ini digunakan? Berikan contoh dua peristiwa yang menggunakan teknik tersebut. [8m]

Pada pandangan saya, teknik dialog digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik, realistik/hidup dan menjadikan cerita lebih jelas mesej yang ingin disampaikannya. Teknik dialog juga digunakan untuk memanjangkan novel.
Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan, antara peristiwa yang menggunakan teknik ini ialah dialog antara Kusina dengan William yang antara Kusina mengatakan Robert telah mati. Contoh peristiwa yang berikutnya ialah dialog antara perempuan tua dengan Robert yang menyisahkan asal usul dirinya.

5. Apakah yang anda fahami tentang teknik imbas kembali? Berdasarkan novel yang anda pelajari, nyatakan dua peristiwa yang menggunakan teknik ini. [7m]

Teknik imbas kembali ialah suatu teknik penceritaan yang menceritakan semula peristiwa yang telah berlaku sama ada melalui kenangan ataupun ingatan.
Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan, antara contoh peristiwa yang menggunakan teknik ini ialah peristiwa Kusina memberitahu William bahawa Robert telah mati.
Peristiwa yang seterusnya ialah perempuan tua menceritakan kepada Robert bagaimana dia diselamatkan oleh orang Sakai dan dibawa ke perkampungan mereka.
Peristiwa yang berikutnya ialah perempuan tua menceritakan kepada Robert bagaimana dia membunuh harimau putih.

6. Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan unsur masyarakatnya. [8m]

Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan, antara unsur masyarakat ialah raja atau pemerintah seperti Ratu Bongsu dan raja-raja Melayu,
Selain itu, unsur masyarakat uang seterusnya ialah pengkaji hutan atau peneroka seperti Tuan William dan Tuan Robert.
Unsur masyarakat yang berikutnya ialah pejuang-pejuang tanah air seperti Dato’ Bahaman, Tuk Gajah dan Mat Kilau.
Unsur masyarakat yang seterusnya ialah penunjuk jalan seperti Ali.
Unsur masyarakat yang berikutnya ialah pembawa barang seperti Awang.
Unsur masyarakat yang seterusnya ialah pembantu raja seperti Kusina.

7. Nyatakan biodata pengarang novel yang anda pelajari itu. [7m]

Pengarang novel Putera Gunung Tahan ialah Ishak Hj. Muhammad. Nama samaran beliau ialah Pak Saka, Isako-san dan Pak Pandir moden. Beliau dilahirkna pada bulan september 1909 di Kampung Bukit Saguntang, Temerloh, Pahang. Beliau mendapat pendidikan sekolah Melayu dan Inggeris. Beliau pernah bekerja sebagai penolong pegawai daerah, majistret, pengarang dan wartawan Warta Malaya dan Utusan Melayu. Beliau pernah menghasilkan novel yang berjudul Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila. Beliau juga pernah menghasilkan cerpen seperti Istana Berembun. Atas sumbangan beliau itu, beliau dikurniakan Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan (PHD) daripada Universiti Malaya dan Augerah Pejuang Sastera. Beliau meninggal dunia padaa tahun 1991.


8. Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan tiga pengajaran atau unsur didaktik yang terdapat dalam novel itu. [8m]

Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan, antara pengajarannya ialah janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri sendiri. Sebagai contohnya, William terlalu bersikap mementingkan diri sendiri kerana dia lebih mementingkan ganjaran wang jika dapat mengambil puncak Gunung Tahan daripada memikirkan hal isterinya yang curang.
Pengajaran yang seterusnya ialah janganlah kita terlalu mudah mempercayai orang yang baru dikenali. Sebagai contohnya, ‘Maharani’ telah menasihati Ratu Bongsu supaya berhati-hati dengan William.
Pengajaran yang berikutnya ialah kita perlulah membalas budi baik orang lain terhadap kita/ mengenang budi. Sebagai contohnya, perempuan tua telah berhutang budi dengan orang Sakai yang pernah menyelamatkannya ketika dia mahu melahirkan Tahan. Sebagai balasannya, dia mengajar mereka tentang ilmu agama.

9. watak memainkan peranan penting dalam menggerakkan sesuatu cerita. Salah satu jenis watak yang turut berperanan ialah watak sampingan. Nyatakan satu contoh watak sampingan yang ditemukan dalam novel yang anda pelajari, dan huraikan peranan watak tersebut. [7m]

Memang tidak dapat dinafikan bahawa watak samping turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Salah satu watak sampingan dalam novel Putera Gunung Tahan ialah perempuan tua.
Antara peranannya ialah sebagai seorang isteri pejuang. Sebagai contohnya, perempuan tua bersama-sama dengan suaminya, Mat Kilau, Tok Gajah dan Dato’ Bahaman berjuang menentang penjajah Inggeris di Pahang.
Peranannya yang seterusnya ialah sebagai seorang pendakwah. Sebagai contohnya, perempuan tua menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat orang Sakai yang menyelamatkannya.
Peranannya yang berikutnya ialah seorang yang berperikemanusiaan. Dia amat simpati dengan Robert dan atas nasihatnya, Robert tidak diapa-apakan dan sebaliknya diberi layanan yang baik serta dilantik sebagai Batin Putih.

10. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan tema atau persoalan pokoknya. [8m]

Tema novel Di Hadapan Pulau ialah kesan peperangan atau penderitaan akibat peperangan. Digambarkan Tuk Marzuki mati, Aziz menderita kerana tidak ada makanan dan Mak Ketong sengsara kerana menjaga dua orang cucu serta banyak orang yang mati akibat peperangan. Manakala novel Putera Gunung Tahan membawa tema semangat cinta akan tanah air. Digambarkan Putera Gunung Tahan menolak perwatakan William untuk mendapatkan puncak Gunung Tahan biarpun ditawarkan 5000 paun dan sebuah istana. Hakikat ini menunjukkan betapa Ratu Bongsu mempunyai semangat cinta akan tanah air.

11.Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bincangkan persoalan kerjasama dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. [7m]

Persoalan kerjasam memang ketara dalam novel Di Hadapan Pulau dan Putera Gunung Tahan.
Dalam novel Di Hadapan Pulau, persoalan kerjasama dapat dilihat dalam peristiwa penduduk kampung keluar beramai-ramai membina shelter berhampiran dengan rumah Mak Ketong. Peristiwa yang lain ialah orang ramai saling membantu mengeluarkan Tuk Marzuki dari shelter selepas terkena bom dalam serangan udara tentera Jepun.
Sementara itu, dalam novel Putera Gunung Tahan pula, persoalan kerjasam dapat dilihat dalam peristiwa William keluar mencari Robert yang hilang. Peristiwa seterusnya ialah sekumpulan orang Sakai membantu menyelamatkan perempuan tua yang sarat mengandung ketika ditinggalkan oleh anak buahnya.

12. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan latar masanya dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. [7m]

Latar masa dalam novel Di Hadapan Pulau ialah zaman Perang Dunia Ke-2. Sebagai contohnya, pada zaman itu digambarkan tentera Jepun telah menyerang Pulau itu dan menewaskan tentera Australia.
Sementara itu, latar masa dalam novel Putera Gunung Tahan ialah zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Sebagai contohnya, digambarkan negeri Pahang dan negeri-negeri lain terletak di bawah kuasa kerajaan Inggeris. Dikatakan raja-raja di 9 buah negeri telah menerima sebuah istana dan 5 ribu paun daripada kerajaan Inggeris.

13. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan peranan watak utamanya dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. [7m]

Watak utama novel Di Hadapan Pulau ialah Aziz, manakala watak utama novel Putera Gunung Tahan ialah Ratu Bongsu. Kedua-dua watak ini berperanan sebagai seorang anak yatim yang kematian bapa. Sebagai contohnya, Aziz telah kematian bapanya pada 2 bulan yang lalu sedangkan ayah Ratu Bongsu meninggal dunia sebelum Ratu Bongsu dilahirkan ke dunia.
Kedua-duanya juga berperanan sebagai seorang yang memuliakan dan menghormati orang tua. Sebagai contohnya, Aziz amat menghormati Syed Fikri, Tuk Marzuki, Joyah, Mak Ketong, dan sebagainya. Begitu jugalah dengan Ratu Bongsu yang begitu menghormati ‘Maharani’ yang merupakan penjaga Pohon Beringin.

14. Apakah yang anda ketahui tentang watak antagonis. Berdasarkan novel yang anda pelajari, nyatakan satu watak antagonis dan kemukakan hujah-hujah untuk membuktikan bahawa watak tersebut bersifat antagonis. [7m]

Watak antagonis ialah watak jahat dalam sesuatu cerita/karya. Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan, watak antagonisnya ialah Tuan William.
Antara alasannya ialah William tidak mengenang budi. Sebagai contohnya, dia meminta majikannya di London menyerang puncak Gunung Tahan sedangkan Ratu Bongsu banyak membantunya ketika berada di Gunung Tahan.
Selain itu, William lebih mementingkan wang ringgit dan tidak memperdulikan isterinya. Sebagai contohnya, apabila diketahui isterinya telah menduakannya, dia tidak marah sebaliknya menumpukan perhatian untuk mendapatkan puncak Gunung Tahan.

15. Watak-watak wanita turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda pelajari, nyatakan satu watak wanita dan peranannya dalam cerita. [7m]

Salah satu watak wanita dalam novel Putera Gunung Tahan ialah perempuan tua. Antara peranannya ialah sebagai penyambung zuriat. Sebagai contohnya, perempuan tua melahirkan seorang anak lelaki, iaitu Ratu Bongsu.
Peranannya yang berikutnya ialah sebagai isteri pejuang. Sebagai contohnya, perempuan
tua bersama-sama dengan suaminya, Mat Kilau, Tok Gajah dan Dato’ Bahaman berjuang menentang penjajah di Pahang.
Peranannya yang seterusnya ialah sebagai seorang pendakwah. Sebagai contohnya, perempuan tua menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat orang Sakai sebagai mengenang jasa mereka yang banyak membantunya.
Perempuan tua juga berperanan sebagai seorang yang berperikemanusiaan. Sebagai contohnya, perempuan tua amat bersimpati dengan Robert dan atas nasihatnya, Robert tidak diapa-apakan, sebaliknya diberikan layanan yang baik dan dilantik sebagai Batin Putih.

16. Nyatakan tiga ciri umum sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan ciri-ciri tersebut. [8m]

Antara ciri umum sesebuah novel ialah mempunyai watak yang banyak, latar tempat yang luas, persoalan yang banyak, cerita yang panjang, plot yang kompleks sifatnya.
Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan, wataknya memang banyak, iaitu Ratu Bongsu, perempuan tua, maharani, Robert, William, Ali, Awang, Kusina, Mem William, Mat Kilau dan Dato’ Bahaman.
Latar tempatnya juga amat luas, iaitu Gunung Tahan, Perkampungan Orang Sakai, Kampung Limau Putih, Gua, Kawasan Air Terjun, London, istana, bangunan milik Haji Adam.
Persoalan dalam novel ini juga agak banyak.antaranya ialah semangat cinta akan tanah air, kesan penjajahan, keruntuhan moral, kecurangan isteri, kerjasama antara satu sama lain, kasih sayang, simpati akan orang lain, menghormati tetamu, perjuangan menentang penjajah dan keberanian mempertahankan hak dan tidak mengenang budi.

17. Dalam pembinaan plot novel, biasanya terdapat bahagian permulaan, pendakian gerak berlaku, kemuncak dan peleraian cerita. Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan permulaan ceritanya. [7m]

Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan, bahagian permulaannya(eksposisi) sangat menarik. Pada bahagian ini, pengarang memperkenalkan latar masa iaitu Zaman Penjajahan Inggeris di Pahang.
Pengarang juga memperkenalkan latar tempat seperti Pahang, Gunung Tahan, Rimau Putih, hutan di sempadan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan London.
Pada bahagian ini juga, pengarang memperkenalkan watak-watak penting seperti perempuan tua iaitu ibu kepada Ratu Bongsu, Robert, William, Mat Kilau dan Tok Gajah.
Pengarang juga turut memperkenalkan latar masyarakat, iaitu masyarakat yang tinggal di kawasan hutan. Sebagai contohnya, kumpulan orang Sakai yang tinggal di Rimau Putih yang menyelamatkan perempuan tua.

18. Apakah yang anda tahu tentang unsur suspens. Berdasarkan novel yang anda pelajari, nyatakan contoh peristiwa yang mempunyai unsur suspens itu dan alasan anda berkata sedemikian. [7m]
Unsur saspens ialah sesuatu yang menimbulkan ketegangan dalam kalangan pembaca dan menyebabkan pembaca tertanya-tanya akan kesudahannya.
Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan, antara peristiwa yang dianggap saspens ialah kedatangan dua buah pesawat pengebom British ke puncak Gunung Tahan. Antara alasan saya berkata sedemikian ialah peristiwa ini menyebabkan pembaca tertanya-tanya sama ada pesawat itu akan mengebom mati Putera Gunung Tahan.
Peristiwa yang berikutnya yang dianggap saspens ialah Ratu Bongsu melamar Mem William sebagai isteri atau pemaisurinya. Peristiwa ini dianggap saspens kerana pembaca akan tertanya-tanya sama ada Mem William seorang isteri yang curang atau wanita asing akan berkahwin dengan Ratu Bongsu atau tidak.

19. Jelaskan aspek gaya bahasa dalam novel yang anda pelajari. [8m]

Gaya bahasa dalam novel Putera Gunung Tahan sangat menarik. Hal ini demikian kerana adanya penggunaan bahasa asing, iaitu Bahasa Inggeris. Sebagai contohnya ialah “Good morning old lady”.
Terdapat juga penggunaan dialog. Contohnya ialah dialog antara perempuan tua dengan Tuan Robert. Yang antara lain menceritakan asal usulnya dan bagaimana dia boleh sampai di Kampung Rimau Putih.
Terdapat juga penggunaan kata berganda seperti pokok-pokok, orang-orang, pembesar-pembesar dan lain-lain.
Ada juga penggunaan ayat yang panjang-panjang dan ayat yang pendek-pendek.

20. Apakah yang anda ketahui tentang unsur kejutan. Huraikan contoh peristiwa yang anda anggap sebagai peristiwa yang mempunyai unsur kejutan dalam novel yang anda pelajari. [7m]

Unsur kejutan ialah sesuatu uang tidak diduga oleh pembaca. Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan, antara peristiwa yang dikatakan mempunyai unsur kejutan ialah Ratu Bongsu melamar Mem William yang diketahuinya seorang isteri yang curang sebagai isterinya. Peristiwa ini dianggap kejutan kerana Mem William tidak sesuai dijadikan isteri/permaisuri.

21. Apakah yang anda ketahui tentang unsur kebetulan. Huraikan contoh peristiwa yang anda anggap sebagai peristiwa yang mempunyai unsur kebetulan dalam novel yang anda pelajari.[7m]

Unsur kebetulaan ialah sesuatu yang sengaja diadakan oleh pengarang. Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan, peristiwa yang dianggap unsur kebetulan ialah kematian Robert akibat jatuh dari atas pokok ketika mengejar gadis sakai. Peristiwa ini dianggap kebetulan kerana pengarang sengaja mematikan watak Tuan Robert untuk mengalirkan perhatian pembaca terhadap William.
Peristiwa lain yang dianggap sebagai unsur kebetulan ialah kematian Ali dan Awang akibat dipatuk oleh ular dan penyakit. Peristiwa ini ada unsur kebetulan kerana pengarang sengaja mematikan mereka supaya perjalanan William dan Robert semakin sukar mendaki Gunung Tahan.

22. Huraikan 3 unsur didaktik atau pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.[8m]

Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan, antara unsur didaktiknya ialah janganlah kita terlalu mementingkan diri sendiri kerana perbuatan itu bukanlah amalan yang mulia. Sebagai contohnya, Robert menolak pelantikannnya sebagai Batin Putih kerana dia mahu meneruskan cita-citanya untuk mendapatkan puncak Gunung Tahan yang menawarkan ganjaran yang lumayan iaitu 5000 Paun.
Pengajaran yang seterusnya ialah kita hendaklah menghormati tetamu kerana perbuatan itu merupakan amalan yang baik. Sebagai contohnya, Ratu Bongsu tetap melayan William dengan baik sebagai tetamunya walaupun dia mengetahui bahawa William mempunyai niat yang tidak baik.
Pengajaran yang berikutnya ialah seseorang isteri janganlah bersifat curang terhadap suami kerana perbuatan itu bercanggah dengan agama Islam/ajaran agama. Sebagai contohnya, Mem William telah menduakan suaminya, William dengan menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pemuda di rumahnya ketika William sedang bertugas di Tanah Melayu.

23. Berdasarkan contoh dalam novel yang anda pelajari itu, jelaskan perbezaan ciri antara novel dengan cerpen dari segi watak, latar tempat dan persoalannya. [8m]

Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat perbezaan ciri yang jelas antara novel dengan cerpen. Hal ini dapat dilihat dari segi wataknya. Watak dalam cerpen tidak banyak sedangkan watak dalam novel lebih banyak. Contohnya, novel Putera Gunung Tahan memaparkan watak yang banyak seperti Ratu Bongsu, Ali, Awang, Perempuan Tua, Tuan William, Tuan Robert, Mem William dan Kusina.
Latar tempat dalam cerpen juga tidak banyak jika dibanding dengan novel. Sebagai contohnya, latar tempat dalam novel Putera Gunung Tahan sangat banyak seperti, Pahang, Gunung Tahan, Puncak Gunung Tahan, Gua, Kampung Rimau Putih, bilik khazanah, taman bunga dan sebagainya.
Persoalan dalam cerpen tidaklah sebanyak dalam novel sebagai contohnya, novel Putera Gunung Tahan memaparkan persoalan yang banyak seperti semangat cinta akan tanah air, mementingkan diri sendiri, pengaruh budaya barat, kesan penjajahan Barat dan keruntuhan moral.

24. Sejauh manakah novel yang anda pelajari itu menggambarkan sosiobudaya masyarakat atau cerminan masyarakat pada masa itu. [8m]

Memang tidak dapat dinafikan bahawa novel Putera Gunung Tahan menggambarkan masyarakat pada masa itu. Antaranya ialah masyarakat yang gigih berjuang menentang penjajah. Sebagai contohnya, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan suami perempuan tua berjuang menentang penjajah Inggeris di Pahang.
Seterusnya ialah masyarakat yang tinggal dalam hutan. Sebagai contohnya, masyarakat orang sakai dan perempuan tua tinggal di dalam hutan.
Berikutnya ialah masyarakat feudal. Contohnya, digambarkan raja-raja Melayu mendapat sebuah istana dan wang sebanyak 5000Paun kerana bekerjasama dengan penjajah. Contoh yang seterusnya ialah Ratu Bongsu merupakan pemerintah di Gunung Tahan.

25. Karya sastera seperti novel turut berfungsi sebagai alat kritikan sosial. Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan kritikan sosial tersebut. [8m]

Memang tidak dapat dinafikan bahawa karya sastera seperti novel berfungsi sebagai alat kritikan sosial. Hal ini juga terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan. Novel ini mengkritik golongan pemerintah yang mudah terpengaruh oleh pujukan Barat. Sebagai contohnya, digambarkan Sultan menyerahkan kuasa kepada penjajah Inggeris selepas diberi sebuah istana dan wang 5000 Paun.
Novel ini turut mengkritik golongan anak muda yang mudah terpengaruh dengan cara hidup Barat. Sebagai contohnya, Tungku Aisah digambarkan mengandung sebelum kahwin dan minum arak di bangunan milik Haji Adam.
Selain itu, novel ini juga mengkritik golongan penjajah yang menindas dan mengeksploitasi rakyat tempatan. Sebagai contohnya, penjajah Inggeris telah melakukan kekejaman di Pahang sehingga suami perempuan tua mati dan Raja-raja Melayu mengikut telunjuk mereka.

Updated 3 Of TIPS SPM 2006

TIPS KIMIA SPM 2006 (tm89lee's blog)
Kertas 2
Bahagian A
1) Struktur Atom - Nombor proton, elektron, nukleon, Isotop
2) Jadual Berkala
3) Elektrokimia / Pengaliran elektron pada satu jarak
4) Garam Plumbum ( carta alir )
5) Sebatian KArbon - Etena/ Propena ( carta alir )
6) Proses Sentuh/ Ostwald/ Haber

Bahagian B
1) Jadual Berkala - Explain kereaktifan and ikatan
2) Kadar tindakbalas

Bahagian C
1) Redoks dan pengaratan
2) Sabun, Aloi, Getah, Ubat

Kertas 3
1) Bacaan Termometer - Termokimia bab
2) Lukisan Graf - Naftalena
3) Eksperimen - Haba pembakaran / Getah Tervulkan


SPM Biology 2006 (tm89lee's blog)
Important topics to focus

Form 4
- Osmosis ( Esei )
- Enzim ( Eksperimen )
- Pengklonan ( Esei )
- Pencernaan Herbivor ( Struk )
- Teknologi Pemprosesan Makanan ( Esei )
- Respirasi Anaerob Yis ( Eksperimen )
- Tiub J ( Eksperimen )
- Penyesaran Paya Bakau dan/ Tasik ( Struk / Esei )
- Kekunci Dikotomi ( Esei )
- BOD ( Eksperimen )
- Pencemaran Udara ( Esei )

Form 5
- Transpirasi ( Eksperimen )
- Keimunan Graf ( Esei )
- Otot dan Sendi ( Struk )
- Air kencing dan pengosmokawalaturan ( Esei / Struk )
- Persenyawaan Ganda Dua dan Pertumbuhan Sekunder ( Struk )
- Teknologi Pembiakan ( inVitro ) ( Esei )
- Semua Bab Variasi and Genetik

Sinopsis Of Novel ~ THE PEARL

CHAPTER I

Kino awakes at dawn. He watches his son sleeping in a “hanging box”. He sees his wife who is already awake. Juana begins to prepared breakfast. It is a prefect morning and contented. He hears “The Song of the Family”.

Kino then sees a movement near the “hanging box”. A scorpion moves slowly down the rope supporting the box. Kino thinks of the “Song of Evil”- the music of the Enemy. Kino stands still ready to catch the scorpion. However Coyotito cries out in pain. Kino grabs the scorpion. He beats and stamps it “rubbing it into a paste”. He does this until the scorpion becomes only a “moist place in the dirt”. This shows Kino to be a very violent man who cannot control his anger.

Juana cares the baby in her arms. She finds the bite and quickly sucks out the poison. Kino stands around helplessly. The baby’s scream alerts the neighbors. Kino’s brother Juan Thomas, his fat wife Apolonia and their 4 children come running. Everyone knows how dangerous a scorpion bits can be. Kino looks at Juana and realizes what a strong woman she is. Juana calls for doctor. Everyone tells her that the doctor will not come to the houses of poor people. She then decides to take Coyotito to the doctor.

Seen a procession leads to the doctor’s house. The beggars from the church also join in. At the gate, a native Indian opens the gate. The fat lazy doctor is having his breakfast in bed. He wants to know what money Kino has. All Kino has is “8 misshapen pearls” which are “valueless”. The guard tells Kino that the doctor is not at home. Kino feels humiliated. He is so angry he hits his fist on the fate and hurts himself.

CHAPTER II

This chapter begins with a description of La Paz. It is situated on an estuary. The most important possession of the people here are the canoes.

That morning, a hazy mirage hangs over the Gulf. In such a situation, “there is no certainty in seeing, no proof that what you saw was there or was not there”.

Kino and Juana come down the beach. The canoe that Kino owns is the “one thing of value he owned in the world”. It has been handed down to him by his grandfather. A canoe is the “bulwark against starvation”. A person with canoe will never starve.

Juana lays Coyotito on a blanket and protects him from the hot sun. Coyotito’s face is “puffy” and “feverish”. Juana has put a poultice- a traditional remedy on Coyotito’s shoulder.

On the sea Kino hears 2 songs: the Song of the Pearl That Might Be and the Song of the Undersea. Kino gets underwater with the help of a heavy rock. He sees a clump of oysters. Through its shell, he sees a “ghostly gleam”. Kino’s heart begins to beat fast. Slowly, he forces the oyster loose. He holds it tightly against his breast. He then kicks his foot free from the rock and gives up to the canoe.

Juana helps him into the canoe. She knows he is excited but she pretends to look away. “It is not good to want a thing too much. It sometimes drives the luck away”.

Kino then begins to open up the oysters. He keeps the large one for the last. He is afraid what he saw may just an “illusion”. “Open it,” Juana says. He carefully opens it with his knife. In the oyster lays “the great pearl, perfect as the moon”. It was as large as a seagull’s egg. It was the greatest pearl in the world”. Juana catches her breath and moans. Kino holds the pearl in his bruised first. At the same time, Coyotito’s swelling is going down. He unable to control his emotions. Kino puts his head back and howls. All the other canoes come racing towards him.

CHAPTER III

The news of the pearl travels fast through the village. The priest hears of the pearl and wonders how he can benefit from it. When the doctor hears of the pearl, he lies that Kino is his “client”. Everyone becomes interested in the pearl. The shopkeepers want to sell Kino their old clothes. The beggars hope that Kino will be generous to them.

Kino and Juana are not aware of what people thinking. They think that everyone shares their joy. Kino has a vision of what he plans to do with his new fortune.
-He wants to get married in church.
-He wants to buy new clothes.
-He wants to buy a harpoon and a riffle.
-He wants to send his son to school.

Education for his son is very important to him because Kino knows that it is only through education that they can break out of their cycle of poverty.

The priest visits them and reminds them of their duty to the church. The doctor also comes visiting. Kino is very angry at seeing the doctor. The doctor puts fear into Kino when he says that a scorpion sting can have a very “curious” effect. Out of fear, Kino allows him to see Coyotito. The priest takes out a “white powder” from his bag, puts it into a gelative capsule and stuffs it into the baby’s mouth. He promises to return in an hour.

When the doctor is gone, the baby gets very sick. As promised, the doctor returns in an hour and gives Coyotito an anti-dote. The evil doctor had in fact poisoned the baby. Before leaving, he asks for payment. Kino says that he will pay the doctor once he has sold his pearl. The doctor pretends to surprised at the news of the pearl. Through the “flick” of Kino’s eyes, Kino gives away the hiding placed the pearl.

At night, Kino hears noises in his hut. He grabs his knife and goes out. He is attacked and hurt. The attacker escapes. Juana pleads with Kino to get rid of the pearl. She says that “this thing is evil”. “It will destroy us all …… even our son”.

Kino refuses to listen. He says that, “this is our one chance … … our son must go to school. He must break out of the pot that holds us in”. It is only through education of Coyotito that they can ever get out of the cycle of poverty.

CHAPTER IV

In La Paz, everyone knows that Kino is going to sell the pearl that morning. The neighbors talk about what they would do if they had the pearl.

Before leaving to sell the pearl, Juan Tomas warns Kino and Juana against the people who have been cheating them all their lives. Kino also knows that people who try to leave their “station” will be punished. The whole neighbors follow Kino and Juana to the town because if they don’t go, it will be a sign of “unfriendship”.

The pearl buyer inspects the pearl and says that it is only “fools gold”. It has no value. He offers 1000 pesos. Kino says his pearl worth 50000 pesos. Other pearl buyers are called. The first two don’t want it. The third man offers 500 pesos. Kino snatches the pearl and says that it is not for sale.

That night the neighbors discuss whether Kino has done the right things. Kino decides to sell his pearl in the capital. At the same time he is afraid of going to town – a place he has never been to.

That night Kino hears sounds outside his house. He takes his knife and goes out. Juana follows. She finds him bleeding. Once again she tells him that the pearl is evil. It will destroy them. They must throw it away. Kino is stubborn; he refuses to listen to her.


CHAPTER V

Kino feels some movement near him. Juana gets up silently from beside him. Kino watches her go out the door way. Kino begins to feel very angry. He knows Juana is going to the shore to throw the pearl away.

Kino chases Juana. Then he strikes her in the face with his clenched fist. He kicks her in the side. Juana does not fight back. Her husband is “half-insane, half-god” to her.

While walking back from the beach, Kino is attacked again. The attacker tries to find the pearl on Kino. In the fight, Kino kills the attacker. The pearl falls on the ground.

Juana gets up and follows Kino. She finds the pearl. She helps Kino up. She hides the dead man. Kino knows that his life has been charged forever. He orders Juana to fetch Coyotito and all the corn they have. Kino finds his canoe destroyed. He rushed home to find his house on fire. They go to Juan Tomas’s house where they hide for the night. They leave people with impression that they have died in the fire.


CHAPTER VI

As Kino and Juana travel northwards, Kino feels excited. As they walk they keep covering their tracks so that no one will follow them. Juana wonders whether the pearl has any value after all. When they stop to rest during the day, Juana does not sleep. Suddenly, they heard noises. Kino gets up to investigate. He notices 3 trackers – one is on horseback. As the trackers pass by, they do not see Kino.

Kino and Juana escape into the mountains. Kino orders Juana to keep Coyotito quiet. All of them hide in a cave near a stream. While hiding in the cave, Kino finds that the trackers are already by the stream. Kino takes off his white clothing so that he will not be seen. The trackers hear Coyotito crying – they think it is a coyote pup. As the tracker prepares to shoot what he thinks is a coyote, Kino pounces on him. He grabs one of the tracker’s rifle and shoots him between the eyes. He stabs the other with his knife. The third tracker escapes up the cliff towards the cave. Kino shoots him. Kino stands silently and hears nothing but cry of death. Coyotito had been shot.

Kino and Juana arrive back in La Paz. Kino carries a gun while Juana has in her hands a bundle – the dead Coyotito. No one speaks to them. They walk directly to the sea. As they reach the shore, Kino remembers seeing Coyotito lying in the cave with his head shot. Kino throws the pearl away.

Keluarga Idaman Saya (Cikgu Tan C L)

Rumahku, syurgaku". Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga idaman saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak!

Bertitik tolak daripada manifestasi, setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia. Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”

Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih saying sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”.

Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fata morgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.

Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita? Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa.

Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia memerlukan banyak unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga idaman saya.

RENCANA - Hubungan Kekeluargaan Semakin Renggang (Cikgu Tan C L)

Dalam era pascainovasi ini, negara Malaysia sedang mengalami anjakan paradigma daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara yang pesat dan rancak pembangunannya. Dewasa ini, Malaysia mengorak langkah dalam menyongsong arus kemajuan yang kian deras. Namun, sejajar dengan arus pembangunan negara, perkara yang acap kali merimaskan masyarakat sarwajagat ialah isu hubungan kekeluargaan yang semakin renggang. Dalam keghairahan mengejar kebendaan dan kemewahan, hubungan kekeluargaan yang semakin renggang mula berakar umbi sejak dahulu lagi.

Keluarga boleh ditakrifkan sebagai satu institusi yang terdiri daripada orang-orang yang tersayang dan dikasihi termasuk keturunan moyang yang sama. Keluarga boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, yakni keluarga nukleus dan keluarga luas. Keluarga nukleus terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak serta adik. Keluarga luas pula terdiri daripada keluarga nukleus, nenek, datuk, sepupu, mak cik, dan pak cik. Mutakhir ini, hubungan kekeluargaan yang semakin renggang kian menggamit perhatian semua pihak.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa hubungan kekeluargaan yang semakin renggang mampu menyumbang kepada pelbagai impak negatif. Antara kesan daripada kemelut ini ialah kegagalan ahli keluarga dalam memahami serta saling menghormati sesama sendiri. Hubungan kekeluargaan yang semakin renggang dapat dilihat dengan ketara menerusi beberapa kejadian yang bobrok. Tamsilannya, keratan akhbar daripada Berita Harian pada 17 Julai 2005 melaporkan bahawa seorang bapa bertindak mencabuli kehormatan dan merogol anak perempuannya semasa ketiadaan orang lain di rumah. Kejadian sumbang mahram ini ialah satu insiden yang amat menyedihkan dam memalukan. Seandainya hubungan kekeluargaan semakin renggang, ahli-ahli keluarga akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi dan saling bertukar fikiran. Hal ini demikian kerana hubungan yang renggang ini telah memusnahkan jalinan kekeluargaan yang akrab dan erat. Oleh itu, ahli-ahli keluarga tidak memahami antara satu sama lain dan seterusnya konflik dan perselisihan faham mudah berlaku. Kejadian ini akan mengakibatkan pergaduhan dan sekali gus ahli-ahli keluarga bermusuhan sesama sendiri.

Di samping itu, hubungan kekeluargaan yang semakin renggang turut menyumbang kepada masalah pengabaian ahli-ahli keluarga khususnya golongan tua dan bayi. Penghantaran golongan warga emas yang uzur dan pembuangan bayi yang masih belum mencecah usia tiga bulan tidak lagi asing kepada masyarakat metropolitan khususnya di Kuala Lumpur. Masyarakat moden hari ini beranggapan bahawa golongan warga emas merupakan suatu beban yang menyusahkan mereka. Oleh itu, mereka bertindak menghantar golongan ini khususnya ibu bapa mereka yang tua dan uzur ke rumah orang tua-tua. Mereka langsung tidak memahami perasaan ibu bapa mereka yang terasa diabaikan oleh cahaya mata sendiri. Selain itu, ada pula golongan ibu bapa yang masih muda dan mentah pemikirannya bertindak membuang bayi mereka ke dalam tong sampah mahupun meletakkannya di tepi jalan dan kaki lima. Amalan yang hina ini dipercayai dilakukan atas sebab ibu bapa tidak bersedia dan tidak mampu untuk memikul tanggungjawab untuk membela seorang bayi. Angkara-angkara mengabaikan ahlii keluarga khususnya warga emas merupakan senario yang amat memalukan. Oleh itu, isu ini tidak seharusnya dipandang enteng oleh semua pihak.

Pepatah Melayu ada mengatakan “Masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin yang bertiup”. Tiada pihak yang patut dipersalahkan melainkan ahli keluarga itu sendiri. Isu hubungan kekeluargaan yang semakin renggang kian hangat diperdebatkan oleh media massa. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap ibu bapa yang individualistik dan materialistik merupakan pemangkin utama kepada kemelut ini. Dewasa ini, golongan ibu bapa taksub mengejar kebendaan dan beranggapan bahawa kerjaya dan wang ringgit adalah lebih afdal daripada keluarga sendiri. Mereka turut beranggapan bahawa kemewahan dan kerjaya dijadikan sebagai kayu ukur dalam menilai status sosial mahupun kemampuan individu dalam masyarakat. Anggapan ini adalah salah sama sekali kerana keluarga merupakan aset paling berharga bagi semua insan di seantero marcapada. Keluarga merupakan aset yang paling signifikan dan tidak dapat ditukar beli dengan wang ringgit. Akan tetapi, golongan ibu bapa yang lebih mementingkan kerjaya semata-mata untuk kepuasan dan keselesaan diri sendiri telah mengabaikan anak-anak mereka dan menggantikan kasih sayang dengan sogokan wang ringgit. Anak-anak ini telah kehilangan satu wahana untuk bertukar fikiran dan pendapat dengan ibu bapa mereka. Mereka bertindak mencari rakan sebaya dan meluahkan segala isi hati kepada rakan yang dipercayai berupaya membantu mereka. Bertitik-tolak dari sinilah gejala sosial mula berlaku dan menular tanpa mencapai titik noktahnya.

Isu ini yang diumpamakan seperti bangkai gajah yang ditutup dengan nyiru haruslah ditangani dengan segera. Pelbagai langkah penyelesaian yang pragmatik, sistematik dan konkrit haruslah diambil secara berterusan. Ahli keluarga haruslah lebih banyak meluangkan masa untuk keluarga. Masa yang diperuntukkan pula haruslah dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Sebaik-baiknya, segala konflik atau masalah yang dihadapi oleh sesiapa sahaja dalam keluarga itu dibawa bersama untuk dibincangkan. Tambahan pula, ahli-ahli keluarga pula seharusnya menjadikan hari Ahad sebagai hari keluarga supaya ahli keluarga dapat bersama-sama tanpa gangguan aktiviti lain seperti mesyuarat dan aktiviti kokurikulum.

Selain itu, ahli-ahli keluarga khususnya golongan remaja haruslah didedahkan kepada didikan agama dan moral. Masyarakat kontemporari acap kali memandang enteng mengenai didikan agama dan moral. Didikan agama dan moral mampu membentuk jati diri dan hubungan kekeluargaan yang utuh. Melalui pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1983) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1989), subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama telah diperkenalkan. Program ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar khususnya dalam menghargai dan mencintai keluarga. Namun demikian, pelajar mutakhir ini hanya menganggap bahawa subjek-subjek ini lebih berorientasikan peperiksaan daripada ilmu praktikal. Dengan erti kata yang lain, ilmu teori lebih diutamakan daripada ilmu praktikal. Jadi, pihak sekolah dan pelajar haruslah berganding bahu sama ada dalam memberi kesedaran tentang kepentingan hubungan kekeluargaan yang erat atau dalam menghargai hubungan kekeluargaan agar pergolakan mahupun konflik tidak ditimbulkan sesama ahli keluarga.

Sebagai intiha, komitmen yang jitu dan padu haruslah diberikan daripada semua pihak. Penerapan nilai-nilai murni mengenai hubungan kekeluargaan dalam jiwa anak-anak muda haruslah dilakukan sejak dari usia yang muda lagi. Bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Generasi muda khususnya golongan muda haruslah diberikan kesedaran mengenai keperluan sebuah institusi keluarga yang harmonis. Remaja merupakan pemangkin dan pelopor kepada kepimpinan negara kelak. Merekalah bakal pemimpin dan akan mengetuai pucuk pimpinan negara kelak. Tambahan pula, remaja haruslah melengkapkan diri dengan lunas keluhuran moral supaya hubungan kekeluargaan yang erat dapat dijalin. Sebelum nasi menjadi bubur, eloklah kita mengjangkau sehabis tangan dan menggembleng tenaga dalam membendung kemelut ini. Janganlah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis dari segi kebudayaan dan nilai-nilai murni. Namun demikian, sekarang bukanlah masanya untuk menopang dagu dan menuding jari. Misi dan visi rakyat jelata untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang tersohor dan terkemuka di seantero marcapada pasti bersifat fatamorgana seandainya kemelut ini tidak dapat ditangani. Institusi keluarga yang harmonis amatlah penting dalam melahirkan golongan pemimpin negara kelak. Kejayaan seseorang individu bermula daripada institusi keluarga yang sempurna. Pendek kata, segenap lapisan masyarakat di seluruh pelosok negara haruslah berganding bahu dalam menangani kemelut hubungan kekeluargaan yang semakin renggang. Jadikanlah “Rumahku Syurgaku”. Jangan jadikan rumah sebagai lembah pergaduhan mahupun pertelingkahan. Rumah sepatutnya dijadikan sebagai satu tempat yang gembira dan bukannya sebagai satu tempat yang menimbulkan suasana yang tegang.