Monday, November 06, 2006
Spot Kertas 3 Biologi SPM 4551/3
Soalan 2
Kehilangan air melalui daun tumbuhan dinamakan transpirasi. Transpirasi membantu tumbuhan menaikkan air dan garam mineral dari akar ke pucuk iaitu suatu daya dinamakan daya tarikan transpirasi.
Tumbuhan menghadapi pelbagai pengaruh terhadap proses transpirasinya. Factor-faktor luar sering membawa kesan terhadap kadar transpirasi.
Untuk memastikan terdapat pengaruh dari persekitaran terhadap anda dikehendaki merangka satu eksperimen bagi menunjukkan kesan pergerakan udara ke atas kadar kehilangan air tumbuhan.
Pernyataan masalah:
Adakah pergerakan udara mempengaruhi kadar kehilangan air tumbuhan(transpirasi)?
Objektif:
Untuk mengkaji kesan pergerakan udara yang berbeza ke atas kadar kehilangan air oleh pokok bunga kertas.
Hipotesis:
Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar kehilangan air pokok bunga kertas.
Pembolehubah yang:
dimanipulasikan: kelajuan pergerakan udara
bergerak balas: kadar pergerakan gelembung udara dari P ke Q sejauh 10cm.
dimalarkan: jenis pokok,suhu persekitaran pokok,keamatan cahaya,jarak antara dua titik ujian di atas potometer.
Bahan dan radas:
Potometer gelembung udara, ranting pokok bunga kertas, bikar, air suling, pisau, besin, gris vaselin, kaki retort, pen penanda, jam randik, kipas elektrik , …
Teknik:
Mengukur kelajuan pergerakan gelembung udara dalam potometer bagi pokok bunga kertas di bawah pengaruh pergerakan udara yang berbeza.
Prosedur:
1. Sebatang ranting pokok bunga kertas dipotong dari pokoknya dan dicelup dengan serta-merta ke dalam sebuah bikar yang berisi air suling.
2. Ranting itu dipotong secara menyerong dalam air.
3. Hujung ranting yang dipotong itu dimasukkan ke dalam salur potometer. Pastikan sambungan antara ranting dengan salur getah adalah kemas/kedap udara.
4. Sedikit gris vaselin disapukan pada bahagia sambungan itu.
5. Ranting tersebut dipasang pada kaki retort supaya berada dalam keadaan mencancang.
6. Sebiji gelembung udara diwujudkan dalam salur potometer. Dua titik P dan Q berjarak 10cm ditanda pada potometer.
7. Jam randik dimulakan. Masa bagi pergerakan gelembung udara dari P ke Q dicatatkan.
8. Ulangi langkah 7 dengan memasang kipas dengan kelajuan perlahan, sederhana laju dan laju.
9. Semua keputusan dicatatkan dalam sebuah jadual yang disediakan.
Keputusan:
Pergerakan udara
Masa untuk pergerakan gelembung udara dari P ke Q sejauh 10cm (min)
Kadar pergerakan gelembung udara (cm/min)
1
2
3
purata
Tiada pergerakan udara
50
50
50
50
0.20
Pergerakan udara perlahan
40
40
40
40
0.25
Pergerakan udara sederhana laju
30
30
30
30
0.33
Pergerakan udara laju
20
20
20
20
0.50
Kesimpulan:
Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar kehilangan air pokok bunga kertas. Hipotesis diterima.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Like seriously...that colour. I barely see anything. No offense.
nak bagi kitaorang buta ke nak kene baca warna tu? kalau x ikhlas nak bagi ilmu, lebih baik tak payah post or update such as this thibgs. we want to learn but you can't help, so what's up?!
Tak nampak
Bodoh yang amat .. nak baca ko copy>select all ... tu pun nk kene ajar ke? mmg hidup nk kene suap kee??
Same here
Saya ada 2 soalan... 1. Kene ranting pokok tu mesti dipotong dlm air... 2. Apakah yg menyebabkan gelembung udara bergerak dlm tiub kapilari?
Ya lah dia org ni.....bagi pun susahkan org
Mak ai colour font dia
Function terokkkk ��
Post a Comment