Monday, November 06, 2006

Spot Kertas 3 Biologi SPM 4551/3 @2

Soalan 2
Air merupakan suatu sumber alam yang sangat penting. Air digunakan untuk memasak, membasuh, menyiram dan lain-lain aktiviti manusia.

Pencemaran air bermaksud terdapat bahan-bahan sama ada larut atau tidak larut yang menyebabkan air itu tidak sesuai digunakan oleh manusia.

Berdasarkan pernyataan di atas, rangkakan satu eksperimen bagi menentukan pencemaran air di tiga sumber air, iaitu air sungai, air parit dan air perigi.

Pernyataan masalah:
Apakah tahap pencemaran air sungai, air parit dan air perigi?

Objektif:
Untuk mengkaji tahap pencemaran tiga sumber air iaitu air sungai, air parit dan air perigi.

Hipotesis:
Semakin tercemar sesuatu sample air, semakin tinggi niai B.O.D. air itu.

Pembolehubah yang:
a. dimanipulasikan: jenis sample air
bergerak balas: masa pelunturan warna larutan metilena biru
dimalarkan : isipadu sample air, kepekatan larutan metilena biru (0.1%)

Radas dan bahan:
air perigi,air parit,air sungai,larutan metilena biru 0.1%, picagari, botol reagen, penutup botol, jam randik

Teknik: pelunturan warna larutan metilena biru oleh sample air.


Prosedur:
1. Tiga biji botol reagen berpenutup disediakan.
2. 100ml sample air sungai dimasukkan ke dalam sebiji botol reagen.
3. Dengan menggunakan picagari, 1.0ml larutan metilena biru 0.1% dipindahkan ke dalam sample air itu.
4. Semasa pemindahan larutan metilena biru itu, jarum picagari dipastikan supaya tercelup di dalam sample air.
5. Botol reagen itu ditutup kemas dengan penutup dan dilabelkan. Botol reagen tidak boleh digoncang.
6. Botol reagen itu disimpan dalam sebuah almari gelap dan jam randik dimulakan.
7. Ulangi langkah 2 hingga 6 dengan sample air sungai digantikan dengan sample-sample air parit dan air perigi.
8. Warna larutan dalam botol-botol reagen itu diperiksa setiap 1 jam selama 5 jam.
9. keputusan eksperimen dicatatkan dalam sebuah jadual.

Keputusan:

Masa
(jam)

Warna larutan metilena biru 0.1% dalam
Air Sungai
Air Parit
Air Perigi
0
Biru
Biru
Biru
1
Biru
Biru
Biru
2
Biru
Jernih
Biru
3
Jernih
Jernih
Biru
4
Jernih
Jernih
Biru
5
Jernih
Jernih
jernih


Kesimpulan:
Warna larutan metilena biru dalam sample air parit paling cepat dilunturkan, menunjukkan nilai B.O.D. yang paling tinggi. Maka air parit adalah air yang paling tercemar. Hipotesis diterima.

3 comments:

Anonymous said...

thnx for sharing

Unknown said...

Apasal tulisan warna kuning??!!!aku xbole baca laaaaaaa 😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠

Anonymous said...

Highlight je la tulisan tu