Sebagaimana kita sedia maklum, senario kesesakan lalu lintas di nusa kita tidak pernah mencapai titik noktah. Malang tidak berbau, rakyat Malaysia masih mengamalkan sikap berpeluh tubuh menyebabkan masalah ini tidak pernah diselesaikan.Hal ini menyebabkan pelbagai sektor seperti pelancongan terjejas. Nescaya, kesesakan boleh berlaku akibat beberapa faktor tertentu.
Faktor kegagalan kerajaan menyediakan jadual perjalanan kenderaan awam yang bersistematik.Bak kata peribahasa “hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih”..Selain itu, pembinaan stesen yang tidak strategik juga merupakan satu faktornya.Sebagai contohnya, stesen yang dibina antara tanam perumahan agak jauh.Lagipun, tambang yang mahal seperti sistem aliran ringan (LRT) tidak diminati oleh para pengguna kerana hal ini akan menambahkan pebelanjaan pengguna.
Haruslah kita menerima hakikat bahawa bilangan kereta bertambah ekoran kemampuan rakyat membeli selaras dengan kestabilan ekonomi.Misalnya, sebuah keluarga memiliki beberapa buah kereta Hal ini kerana pengeluaran kereta yang banyak dan tidak dikawal oleh kerajaan,bak kata pepatah “cendewan tumbuh selepas hujan. Malah harga kereta yang mudah, khasnya kereta buatan Malaysia.
Sehubungan dengan hal itu, pelbagai impak telah ditimbulkan.Kesan utama yang ditimbulkan ialah kelewatan kantor.Hal ini juga menyebabkan pelbagai kesan sampingan kepada pengguna seperti pemabaziran masa, tenaga dan wang.Pada masa kini, kita haruslah menyedari masa itu emas. Tambahan pula, urusan harian pengguna turut terpaksa tergendala
Untuk mengatasi senario ini, semua pihak haruslah mengamalkan sikap bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan masalah kesesakan. Langkah utama yang harus diambil ialah menaiktarafkan pengangkutan awam dengan membina jadual perjalanan yang bersistematik, sesuai dan pembinaan stesen yang strategik.Selain itu, kemudahan LRT harus dipromosi, diperluas, dan diperjauh supaya rakyat dapat menikmati kemudahan ini dan mengadakan kempen berkongsi kereta “ jom naik bas bersama-sama”
Tidaklah menghairankan jika menyatakan bahawa kesesakan lalu lintas bukan lagi satu fenomena lumrah, namun pelbagai impak masih tetap ditimbulkan.Tegasnya, semua pihak haruslah bekerjasama mengekang masalah bersama-sama agar kesejahteraan dan keharmonian rakyat terjamin dan tidak sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna pada masa akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment